Sunday, December 5, 2010

Nita seksi untuk diri sendiri


MEMASUKI usia 30 tahun 2011 nanti, Nita mahu hidupnya lebih terisi matlamat.


SUDAH berdendang cinta bersama jejaka baru yang hanya dikenali sebagai 'E', Nita Hamzah kini tidak mahu berselindung di sebalik fakta.

Selepas dua bulan putus cinta, dia mengakui hatinya kini sudah beralih kepada E sejak Hari Raya Aidilfitri lalu.

Lara hatinya terubat sudah. Kisah bercerai kasih dengan juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid juga sudah dibuang jauh-jauh. Episod baru penyanyi tinggi lampai itu kini bermula.

Bukan sahaja cinta barunya menjadi topik perbualan artis malah penampilan 'berani mati' Nita pada majlis tahunan anjuran majalah EH! di ibu kota hujung minggu lalu memanaskan dunia hiburan.

Dres pendek sendat berona kulit paras paha indah membalut badan motoknya. Ada yang mendakwa Nita separuh bogel tetapi ramai mengangapnya fesyen berani.

Sensasi Bintang: Apa yang mendesak Nita untuk tampil berani dengan busana 'daring' ini?

NITA HAMZAH: Itulah saya. Apa yang mahu saya pakai, saya akan pakai tanpa banyak fikir. Tapi saya langsung tiada niat lain.

Industri hiburan terbuka dalam penampilan seksi tetapi adakah masyarakat luar yang konservatif menerima gayaitu?

Kalau diikutkan memanglah begitu. Tapi bila masuk bab fesyen, saya sekadar ingin mencuba. Jika ada yang tidak selesa dengan cara saya, saya mohon maaf.

Adakah Nita selesa sepanjang acara dan tidak terfikir pandangan orang lain?

Kalau saya tak selesa, awal-awal lagi saya tak melangkah keluar dengan pakaian itu. Idea baju itu dibincangkan bersama pereka fesyen kegemaran saya, Amir Lokman.

Saya mahu mencuba kombinasi fesyen yang masuk dengan warna kulit saya sebab saya tak pernah pakai dres sebegitu.

Sungguh saya tak sangka penampilan saya itu menjadi buah mulut ramai.

Terkejut dengan perhatian orang terhadap Nita?

Saya tak salahkan sesiapa dalam soal ini, baik orang luar mahupun pereka fesyen (Amir). Itu permintaan saya tapi saya terkilan kerana ada komen melampau.

Adakah Nita mahu lepas geram selepas kecewa dengan Zahid?

Bila saya diam, orang mengata. Bila saya keluar jumpa orang pun orang mengata juga. Kemunculan saya dengan penampilan sebegitu bukan untuk menunjuk pada sesiapa.

Nita semakin berisi dan khabarnya sedang bahagia dengan kekasih baru. Tahun baru juga bakal muncul, ada sebarang perancangan (karier dan perkahwinan)?

Tahun depan saya memasuki fasa 'three series', masuk usia 30 tahun. Kalau ikutkan, pada usia begitu saya harus fikir tentang masa depan dan apa pencapaian yang harus diraih.

Dalam soal karier, saya masih ada kontrak dengan 8 Unit, tapi tengah tunggu giliran untuk tampil dengan produk baru. Saya cuma tiada lagu baru tapi karier nyanyian berjalan seperti biasa.

Dalam soal komitmen (jodoh), saya tak nak fikir. Takutlah, nanti rancang lebih-lebih, tidak menjadi, malu dibuatnya.

Siapa 'E' sebenarnya?

Dia bukan orang dalam industri, dia bekerja di sektor swasta dan tiga tahun lebih muda daripada saya. Walaupun dia muda dan sekepala dengan saya, tapi ada masanya dia serius dan tegas.

Itu yang membuatkan saya hormat dengan sikapnya. Satu hal lagi, dia belum bersedia untuk diperkenalkan kepada media. Saya kena hormati dia. Setakat ini, saya bahagia dan gembira mengenalinya.

Selama tidak lagi berpacaran dengan Zahid, pernah berhubung atau berkomunikasi dengannya?

Tidak. Langsung tidak pernah bersemuka dan hubungan kami putus terus. Saya lebih fokus dengan diri dan hobi baru, menyelam skuba. Saya dah ada lesen skuba dan dalam masa terdekat saya akan menaik taraf lesen saya itu untuk menyelam di laut dalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: