Saturday, December 4, 2010

MARDI, Perez Design beri nilai tambah pengusaha tempatan


ABDUL Razak Omar (kanan) bertukar dokumen dengan Ariffin Tawang (kiri) sambil diperhatikan oleh Noh Omar selepas menandatangani MoU antara Perez Design MARDI di MAHA 2010, Serdang, kelmarin.


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kerjasama pintar antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan syarikat pengeluar karavan perniagaan bergerak, Perez Design Sdn. Bhd. mampu memberi nilai tambah kepada perkembangan konsep dapur pusat dan karavan di negara ini.

Pengerusi Eksekutif Perez Design, Prof. Datuk Dr. Abdul Razak Omar berkata, menerusi perkongsian teknologi dalam bidang ini, ia akan meningkatkan lagi mutu produk jualan pengusaha tempatan.

"Usaha ini adalah sejajar dengan visi kerajaan untuk mencapai negara berpendapatan tinggi melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan memodenkan pengusaha pasar tani, komuniti dan pasar malam dengan menyasarkan 6,000 pengusaha setahun terlibat dalam perniagaan karavan," katanya.

Menurut Abdul Razak, teknologi konsep dapur pusat dan produk sejuk beku akan disediakan oleh pihak MARDI, manakala syarikatnya bertindak mengurus dan mereka bentuk kenderaan mengikut jenis perniagaan kepada pengusaha yang berminat.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MARDI dan Perez Design sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010), kelmarin.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Timbalan Pengarah Pemindahan dan Pengkomersialan Teknologi MARDI, Ariffin Tawang dan Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Datuk Masri Mohamad.

Sementara itu, Abdul Razak berkata, Perez Design yang berfungsi sebagai pusat sehenti itu akan memberi perkhidmatan menyeluruh termasuk mereka bentuk logo dan jenama korporat, penyediaan dan pengubahsuaian kenderaan.

"Malah, permohonan pinjaman, penyediaan dan penjenamaan produk sehingga ke peringkat memperoleh lesen serta kebenaran daripada Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Kami juga akan memberi perhatian dalam mereka bentuk dan modifikasi kenderaan sesuai dengan jenis produk yang akan dikomersialkan," katanya

Mereka yang berminat boleh menghantar e-mel datorazak.perez@gmail.com atau melayari laman web: www.perezdesign.com.my.

2 comments:

  1. penipu la caravan ni
    aku hari tu pergi cari company ni tapi da xde
    macam sial
    ade ke patut org tny nak beli moto tapidie jawab motor ni cuma prototype??? baek xpayah niaga klau mcm ni
    bazir saja, baik aku buat sendiri lagi jimat
    lori pun sampai 100 ribu..
    aku pergi ah keong dan bagi lakaran aku yg aku suruh anak aku buat lagi bagus
    ni la umno punye kerja makan duit rakyat

    ReplyDelete
  2. btol der gua pon rs mcm poyo jer ni lori
    bukan wa xsupport melayu tapi rege lu org jual mhl sgt. klu wa niage beger pun blom tentu dlm 20 thn gua dpt beli lori ni der....

    agk2 ar sket...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: