Wednesday, December 15, 2010

Larian amal terakhir Malakoff tahun ini


YUSOP (lima dari kiri) bersama para penganjur larian Malakoff pada sidang akhbar di Kelab Equestrian dan Country Resort Bukit Kiara, Damansara.


BAGI mereka yang dahagakan aktiviti riadah sihat secara berkumpulan, pelbagai acara giat dilaksanakan di sekitar Lembah Klang.

Terbaru dan merupakan acara mega anjuran sebuah syarikat sumber elektrik mega adalah acara Larian 7 kilometer (km) dan 12 km Malakoff.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang dijemput menyertai larian amal Malakoff yang bertempat di Kelab Ekuestarian dan Country Resort Bukit Kiara, Damansara.

Larian itui khas kepada masyarakat bandar yang bosan dengan kehidupan yang sibuk dan tiada masa untuk beriadah. "Penyertaan ke Larian Malakoff pasti akan memberi kelainan kerana ia membabitkan larian berkonsep hijau, berbukit-bukau dan menyihatkan," kata Ketua Perhubungan Korporat dan Komunikasi Malakoff, Yusop Rashid pada satu sidang media baru-baru ini.

Larian Malafoff yang akan diadakan pada 19 Disember 2010 setakat ini menerima 60 peratus borang penyertaan secara talian. Pihak penganjur menetapkan sasaran sebanyak 2,500 penyertaan boleh dicapai.

"Kami tidak mahu membuat sasaran yang lebih besar memikirkan aspek-aspek lain seperti kesesakan, trafik dan pengurusan.

"Larian yang dibuat untuk kali ketiga ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu larian 12 km dan 7 km. Peserta tetap akan melalui pengalaman larian yang sama iaitu memanjat bukit dan disaji dengan pemandangan hijau. Bukan itu sahaja, para pelari juga boleh memenangi hadiah berupa baucer bernilai hamper RM20,000," kata Yusop.

Larian yang akan bermula seawal pukul 7 pagi dan 7.15 pagi bagi kedua-dua kategori itu merangkumi kawasan sekitar Bukit Kiara.

Presiden Kelab Atlet Pacesetters Malaysia, Rustam Affandi yang turut menjalin kerjasama bagi larian itu berkata, larian tersebut sebagai satu aktiviti tahunan bukan sahaja bersifat riadah malah ia juga bersifat amal memandangkan ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Malakoff.

Bayaran sebanyak RM50 untuk orang awam dan RM40 untuk ahli Pacesetters bagi larian 12 km serta RM25 bagi kategori dewasa dan RM20 bagi kategori Junior untuk larian 7 km akan dikenakan.

"Larian Malakoff sama ada yang pernah diadakan di Kuala Lumpur atau di Pulau Pinang sangat terkenal kerana ia sangat mencabar. Namun, cabaran ini menjadi pilihan peserta urban sekali gus menyemarakkan larian tersebut," jelas Rustam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: