
PROSPEK cerah industri automotif dijangka akan mencapai paras tertinggi dalam sejarah.
KUALA LUMPUR - Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangka jualan kenderaan di negara ini akan mengatasi jumlah 570,000 unit yang diramalkannya bagi tahun ini, ekoran kegiatan ekonomi domestik yang positif.
Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, jumlah industri automotif kelihatan amat menggalakkan setakat ini dan bakal mencecah paras tertinggi dalam sejarah.
"Hingga akhir Oktober, kami telahpun menjual lebih daripada 500,000 unit.
"Dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, keyakinan berterusan di kalangan pembeli dan kadar faedah yang berpatutan, kami yakin dapat mengatasi sasaran 2010," katanya kepada pemberita pada Persidangan Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: