SERDANG – Beberapa penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian, Kelantan telah berjaya menghasilkan biskut daripada rerambut jagung.
Salah seorang penyelidiknya, Aishah Mohd. Sidi berkata, bagi menghasilkan biskut itu, rerambut jagung tersebut perlu melalui proses pengeringan selama kira-kira tiga hari.
Ujarnya, ia kemudian dijadikan serbuk untuk digunakan sebagai salah satu daripada bahan ramuan membuat biskut.
“Ia kemudian dicampur dengan bahan lain seperti tepung, mentega dan telur untuk dijadikan biskut,” katanya ketika ditemui pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2010 di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: