JAKARTA: Selebriti, Cut Tari Aminah Anasya (gambar) berkata ibunya fobia mendengar nama Muhammad Nazriel Irham atau Ariel ‘Peterpan.’
“Ibu sudah sembuh, tetapi jika terdengar atau melihat gambar Ariel, dia akan menggigil.
“Saya simpati dengannya sehingga terpaksa melarang ibu menonton televisyen,” kata Cut Tari ketika ditemui di pejabat peguamnya, Hotman Paris Hutapea di Jakarta, semalam.
Menurut selebriti itu yang terkait dengan video lucah bersama penyanyi berkenaan, walaupun dia sudah melakukan kesalahan besar hingga memburukkan nama keluarga, ibunya tetap memaafkannya.“Saya bernasib baik kerana ketika dilanda masalah sebesar ini, saya masih mempunyai ibu.
“Dia tidak pernah berhenti berdoa, kadang kala hingga jam 3 pagi. Saya kesal dengan perbuatan saya tetapi dia tetap memaafkan saya,” kata Cut Tari.
Dalam pada itu, dia juga berkata sudah bersiap sedia untuk bersemuka dengan Ariel Peterpan apabila menghadiri perbicaraan penyanyi berkenaan di Bandung, hari ini.
“Ia, saya suda bersedia. Tetapi ini bukan kali pertama saya menemuinya selepas kes video lucah kami terbongkar,” katanya.
Hotman pula berkata, anak guamnya itu perlu bersedia dari segi mental bagi menjadi saksi dalam perbicaraan itu, lebih-lebih lagi video dia melakukan seks dengan Ariel mungkin ditayangkan dalam perbicaraan itu.
Ariel menghadapi tuduhan menyebarkan video seksnya dengan Cut Tari dan teman wanitanya, Luna Maya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: