
Isteri Yusuf Soebrata ini mengakui dia dihantui rasa bersalah dan akan memberi kerjasama sebaik mungkin agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Malah Cut berkata dia berharap ini adalah kali terakhir dia perlu berkunjung ke Bandung untuk memberi keterangan dan menghadiri perbicaraan di mahkamah kerana dia tidak mahu melaluinya sekali lagi.
Ketika ditanya bagaimana situasinya menghadapi Ariel di dalam mahkamah, Cut berkata dia tidak pernah memandang Ariel dan hanya memberi perhatian kepada kes itu sahaja. Malah Cut mengaku tidak langsung bersalam dengan Ariel kerana tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan ketika berhadapan dengan bekas kekasihnya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: