![]() |
| RAMAI yang menanti penuh harapan agar Ariel segera dibebaskan dari penjara. |
PERSIDANGAN ketiga kes video porno telah dilakukan secara terbuka. Ramai sanak saudara dan rakan taulan Ariel yang datang untuk mengikuti persidangan tersebut sekali gus menjenguk Ariel. Ahli grup Peterpan iaitu Uki dan David turut menghadiri persidangan tersebut
Selain hadir untuk memberikan sokongan kepada rakannya itu, Uki dan David juga membawa material lagu baru Peterpan untuk diperdengarkan kepada Ariel. Malah mereka sempat berbincang dengan vokalis mereka iaitu Ariel.
"Material lagu baru sempat disusun. Biar Ariel tahu di mana kekurangan lagu tersebut," ujar Uki, pemain gitar kumpulan tersebut.
Walaupun Ariel di penjara, mereka tidak pernah lupa untuk berkomunikasi dengan Ariel dalam membahaskan soal muzik dan lagu-lagu untuk album baru Peterpan.
Kedua-dua ahli grup Peterpan tersebut mengungkapkan persiapan untuk album baru Peterpan tetap terus berjalan. Hanya untuk pelancaran album baru, mereka masih menunggu keputusan mahkamah Ariel.
"Kita menunggu Ariel bebas dahulu. Kita tidak memikirkan soal karier dahulu. Yang lebih penting adalah Ariel," ujar Uki.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: