PALM BEACH, Amerika Syarikat (AS) - Bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods melakukan hubungan seks dengan wanita simpanan pertamanya, Rachel Uchitel semasa sambutan Krismas pada 25 Disember lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Rachel yang menguruskan parti untuk golongan ternama turut memberitahu, Woods memberikan wang dalam jumlah yang besar kepadanya.
Woods melakukan hubungan seks selama beberapa jam dengannya sebagai ganjaran pertemuan sulit mereka.
Sebuah akhbar melaporkan Rachel, 32, memberitahu seorang rakannya bahawa hubungan sulit itu berlangsung beberapa kali di sebuah kondominium di Florida sepanjang musim cuti Krismas dan tahun baru.
Bagi mengelakkan dirinya dikenali, wanita itu sanggup memakai topeng ski semasa menyelinap masuk ke pangsapuri mewah itu pada waktu malam.
"Woods dan saya bertemu secara rahsia dan ia agak sukar buat kami. Kami memiliki sebuah kondominium di sini bagi melepaskan rindu," katanya.
Rachel mengakui bahawa dia percaya Woods, 34, ialah seorang penagih seks tetapi menganggap pemain golf itu amat hebat di ranjang.
Wanita itu turut mendedahkan bahawa dia mahu melahirkan zuriat Woods selepas bilionair itu bercerai secara rasmi dengan isterinya, Elin Nodegren, 29.
"Rumah tangga mereka sudah berakhir. Mereka dalam proses bercerai dan Woods bersetuju memberikan AS$300 (RM1 bilion) kepada Elin termasuk semua rumahnya," kata Rachel kepada seorang rakannya.
Namun, Rachel yang mempunyai ramai sahabat daripada kalangan selebriti termasuk Ryan Seacrest iaitu hos program American Idol turut mendedahkan, dia bimbang ditinggalkan oleh Woods suatu hari nanti ekoran pendedahan negatif bertubi-tubi media terhadap dirinya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: