Monday, January 11, 2010

Aktres asing jadi bintang besar Bollywood


MORI


MUMBAI - Beberapa pelakon wanita dari negara luar India tidak lagi dianggap sekadar penyeri filem Bollywood kerana semakin ramai di antara mereka diberi peranan heroin sekali gus mencetuskan trend baru dalam industri perfileman itu.

Seorang model dari Mexico yang merupakan bekas aktres drama telenovela, Barbara Mori telah diberi peluang menjadi teraju utama filem Bollywood, Kites, bersama pelakon popular, Hrithik Roshan.

Mori, 31, tidak hadir pada sesi promosi Kites yang bakal ditayangkan pada Mei ini tetapi kehadirannya dirasai di India apabila wajahnya menghiasi poster, Internet dan media negara itu terutama ruangan gosip.

Sebelum ini, nama Giselli Monteiro iaitu model jelita dari Brazil tidak dikenali di India.

Namun, model itu mula dikenali sejak tahun lalu apabila dia digandingkan bersama Saif Ali Khan dalam filem Love Aaj Kal.

Giselli memegang watak Harleen Kaur iaitu heroin dalam filem cinta tersebut yang memecah carta box-office Bollywood tahun lalu.

"Orang ramai di India memanggil saya dengan nama gadis Love Aaj Kal, filem itu mempopularkan nama saya di sini," kata Gisseli, 21.

Selain Giselli, beberapa aktres asing yang pernah membintangi filem hit Bollywood ialah Alice Patten iaitu anak perempuan gabenor Hong Kong yang terakhir, Chris Patten, aktres Britain, Rachel Shelly dan pelakon Australia, Tania Zaetta.

Alice berlakon dalam filem popular tahun 2006, Rang De Basanti manakala Rachel dan Tania dikenali di Bollywood melalui filem Laagan dan Salaam Namaste.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: