Monday, January 11, 2010

Suspek curah asid ditangkap


KEPALA seorang lelaki (tengah) dibalut oleh dua anggota paramedik selepas dia menjadi mangsa serangan asid di Temple Street, Hong Kong.


HONG KONG - Polis Hong Kong menangkap seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30-an ekoran kejadian serangan asid yang menyebabkan 30 orang cedera, kata polis semalam.

Menurut seorang jurucakap polis, suspek itu yang merupakan etnik Cina ditangkap selepas anggota-anggota polis melihatnya berada di atas bumbung sebuah bangunan dekat tempat kejadian pada malam kelmarin.

"Seorang lelaki telah ditangkap berhubung dengan kes itu," katanya.

Dia berkata, polis turut menemui beberapa penutup botol yang dipercayai mengandungi asid tetapi telah dilontar ke arah jalan pasar malam Temple Street yang terkenal di kalangan pelancong.

Antara yang mengalami kecederaan ialah sembilan pelancong dan seorang budak berumur tujuh tahun, tambah jurucakap tersebut.

Semua mangsa yang kebanyakannya melecur telah menerima rawatan dan dibenarkan keluar dari hospital.

Namun, polis tidak menyatakan sama ada lelaki itu mempunyai kaitan dengan lima serangan asid di Hong Kong pada 2008.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: