Monday, January 11, 2010

Tiga ahli geng jahanam direman

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki yang ditahan Jumaat lalu ekoran kes samun sebuah klinik di pinggir ibu kota direman selama tujuh hari.

Ketiga-tiga suspek yang ditahan di sebuah rumah di Pasir Puteh, Kelantan itu direman sehingga 15 Januari depan bagi membantu siasatan.

Ketika ditahan mereka dipercayai bersembunyi di dalam rumah itu selepas seorang rakan mereka ditangkap di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia 30-an itu direman di negeri tempat mereka ditahan sebelum dibawa ke Ampang pagi semalam.

"Kita akan menyoal siasat suspek-suspek berhubung kejadian samun di sebuah klinik di pinggir ibu negara pada 7 Disember lalu," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: