Monday, January 11, 2010

Geng curi emas Terengganu turut merompak di negeri lain

KUALA TERENGGANU - Tiga suspek yang ditahan berhubung kes curi emas bernilai kira-kira RM1 juta di sebuah kedai emas berhadapan Pasar Besar Kedai Payang di sini bulan lalu dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes kecurian lain di luar negeri ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, mengikut maklumat, kumpulan itu mungkin terlibat dalam kes-kes curi lain berdasarkan kepada modus operandi yang digunakan oleh suspek-suspek itu.

"Namun buat masa ini kita masih menyiasat dan belum ada maklumat mengenai jenayah lain yang dilakukan oleh suspek-suspek itu," kata beliau di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: