“Tidak timbul isu tidak bayar sebab saya tidak beli jubah dan tudung itu, sebaliknya tumpang jual jubah dan tudung berkenaan di butik saya,” kata Maizawati.
Sambil menegaskan apa yang berlaku berpunca daripada salah faham, Maizawati yang dihubungi Khamis lalu, berkata dia ketika itu dalam perjalanan dari Ipoh ke ke Kuala Lumpur untuk memulangkan semua baju dan tudung yang diambil dari butik Selendang Cahaya Aida.
Jelas Maizawati, dia mengambil koleksi jubah dan tudung dari butik itu atas dasar mahu membantu rakan dengan menjualnya di butik miliknya di Ipoh. Mana yang tidak laku akan dipulangkan semula kepada butik itu.
“Sepanjang ada dalam simpanan saya, hanya sehelai jubah saja yang laku dan saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk memulangkan semua jubah dan tudung itu,” katanya. Maizawati mengaku ada memakai jubah dari butik itu ketika sesi fotografi dalam sebuah majalah tetapi memberitahu niatnya baik iaitu mahu membuat promosi tapi tak sangka disalahertikan pula.
“Kalau ikutkan saya tak mahu pakai baju-baju itu tetapi disebabkan sudah membawanya kerana ingatkan nak pulangkan, jadi saya pun pakai. Mana yang saya guna dalam sesi fotografi akan saya bayar. “Semua ini salah faham dan saya berharap perkara tidak diperbesar-besarkan. Takkanlah saya nak menganiaya orang. Dia pun kena faham saya tinggal di Ipoh dan bukan senang datang ke Kuala Lumpur. Kalau macam inilah keadaannya, saya serik tolong orang,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: