Sunday, January 10, 2010

Ratu ciplak kasut




HANYA kerana sepasang kasut berwarna merah jambu, selebriti Paris Hilton bakal disaman dengan pelakon Gwyneth Paltrow. Ini kerana jutawan berkenaan telah mengeluarkan jenama kasut sendiri dengan menggunakan reka bentuk yang mirip dengan keluaran produk Gwyneth Shoes.

“Kita minta Paris dapat memulangkan semua kasut berwarna merah jambu yang telah dikeluarkan itu dengan kadar segera. Kita sudah patenkan reka bentuk kasut berkenaan sejak 2007 lagi,” kata wakil Gwyneth Shoes.

Paris bagaimanapun belum menyatakan persetujuan sama ada untuk mengalah dengan tuntutan itu atau tidak.

Khabarnya ketika ini dia sedang seronok bercuti di Sydney, Australia dan hanya akan pulang ke New York pertengahan bulan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: