Sunday, January 10, 2010

Adegan ranjang Hrithik dicemburui isteri




SEBELUM ini kisah rumah tangga pelakon Hrithik Roshan bersama isterinya, Suzanne Roshan kerap kali menjadi sasaran paparazi di India. Ia berlaku selepas kisah percintaan antara Hrithik dengan kekasihnya, Barbara Mori yang berasal dari Mexico didedahkan.

Terbaru, Suzanne sanggup terbang ke lokasi penggambaran yang terletak di Goa untuk melihat sendiri penggambaran filem yang melibatkan suaminya.

“Saya mendapat tahu, Hrithik bakal melakonkan adegan asmara dengan pelakon Monikangana Dutta. Saya tidak sedap hati dan terus ke Goa,” kata Suzanne, memberitahu media.

Kehadiran Suzanne di situ menimbulkan rasa kurang senang Moni untuk beraksi ranjang dengan aktor bertubuh sasa itu. Suzanne juga kerap kali meminta pengarah Guzaarish agar menghapuskan terus babak tersebut dek kerana sikap cemburunya itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: