Sunday, January 24, 2010

Noh dan anak jutawan


NINA

ADA beberapa teman Diva sampaikan di telinga Diva yang rockstar muda ini sudah beralih cinta lagi. Khabarnya Noh Hujan dan Mizz Nina yang merupakan penyanyi kumpulan Teh Tarik Krew sedang hangat bercinta sekarang. Sebelum ini ada yang kata dia bercinta dengan anak Datuk.

Kebetulan teman Diva terserempak dengan Noh pada satu sidang akhbar, dalam senyum-senyum Noh mengelak-ngelak bila ditanya.


NOH HUJAN

"Saya dan Mizz Nina memang bersama. Maksudnya kami ke Anugerah ViMA bersama sebagai pasangan. Orang juga nampak kami selalu keluar bersama kerana kami sedang bekerjasama dalam album solo Nina."

Tersenyum-senyum meminta bantuan rakannya Dimas sewaktu bercerita kisah gosip ini, Noh menyatakan mereka berkolaborasi dalam sebuah lagu yang diterbitkan oleh Noh. Mizz Nina ialah anak kepada jutawan Tan Sri Azman Hashim.

"Sebab itulah kami sentiasa bersama. Tetapi apa yang boleh saya katakan kami sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing juga sebenarnya. Seronok lepak dengan Nina," tambahnya yang turut menyanyi bersama Nina untuk lagu yang belum mempunyai tajuk tersebut.

Noh menyatakan Nina mempunyai keazaman untuk mempelbagaikan nyanyian dan lagunya dan Noh berniat membantu menggilap bakat nyanyian gadis tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: