Saturday, January 23, 2010

Natasha Hudson Menyanyi Bukan Sekadar Lepaskan Batuk Di Tangga

Natasha Menyanyi Bukan Sekadar Lepaskan Batuk Di Tangga          
                   

Aksi terbaru Natasha Hudson di Konsert Alibi kelmarin yang turut mengumumkankemunculannya sebagai penyanyi.

SEMPENA kedatangan 2010, aktres Natasha Hudson bertekad untukmembuang jauh-jauh semua 'episod duka' yang pernah membelenggu dirinyasebelum ini. Untuk tahun ini, Natasha Liana Hudson ingin lebih fokuspada karier seninya.
Terbaru, pelakon dan model ini bakal melebarkan cabang seninya ke bidang nyanyian pula.
Ujar Natasha, keyakinannya terhadap strategi promosi dan pemasaranserta fleksibiliti yang dipraktikkan oleh syarikat Alibi terhadap imejdan konsep albumnya telah menawannya untuk bernaung di bawah syarikatitu.
"Sebenarnya, saya sudah menjadi artis mereka sejak November lalu.Cuma, kebetulan di Konsert Alibi, malam semalam (kelmarin) baru sayadiperkenalkan kepada umum.
"Penyertaan saya dalam Alibi, berikutan hubungan rapat saya denganCat Farish. Mengikut perancangan asal, album saya sepatutnyaditerbitkan oleh Cat, beberapa tahun yang lepas.
"Tapi, disebabkan oleh beberapa masalah dan kesibukan kerja, projek itu tertangguh begitu sahaja hingga hari ini.
"Kebetulan pula, Cat dan kumpulannya The Fabulous Cats juga bernaung di bawah Metadome.
"Apabila Alibi bertanya kepada saya jika saya berminat untukbernaung di bawah mereka, saya terus bersetuju kerana saya sudahmengenali beberapa rakan artis di bawah label itu dengan rapattermasuklah Cat Farish.
"Saya selesa dan yakin dengan strategi pemasaran pasukan mereka.Tambahan pula, aliran muzik dan konsep yang dipertaruhkan Alibimenerusi artis-artisnya terkini dan menepati selera pendengar masakini.
"Mereka juga terbuka dalam banyak perkara. Saya senang dengan budaya kerja mereka yang terbuka untuk perbincangan dan sesi brainstorming idea lagu-lagu dan konsep untuk saya.
"Perkara yang menyeronokkan berada di bawah label ini adalah sayadiberi kebebasan untuk campur tangan dalam proses penerbitan lagu-lagusaya.
"Selain dapat berkongsi idea untul lagu, saya juga terlibat dalam penghasilan lirik lagu.
Bercerita lanjut mengenai imej dan konsep lagu yang bakalditampilkan, Natasha berkata, dia dan beberapa rakan menelaah banyakrujukan bagi mencari konsep lagu dan imej yang bersesuaian untuknya.

"Saya selalu mahu tampilkan sesuatu yang berbeza setiap kali saya muncul.
"Memandangkan ini usaha pertama saya untuk serius dalam bidangnyanyian, saya perlu tampil dengan imej tersendiri dan lagu-lagu yangbukan sahaja dapat memikat pendengar tapi juga memberi impak kepadaindustri.
"Lagu-lagu yang bakal diterbitkan untuk album pertama ini adalahkombinasi elemen pop dan beberapa genre muzik yang lain. Bolehdikatakan ala-ala muzik Natalie Imbruglia.
"Setakat ini, saya sudah siap rakam sebuah single bertajuk Hanya Tuhan Yang Tahu hasil nukilan bersama saya dan Cat Farish. Rakaman lagu ini hanya mengambil masa selama dua hari.
"Kami masih mengumpulkan lagu-lagu lain untuk album saya nanti. Manakala, lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dijangka akan mula kedengaran di radio dalam masa terdekat ini," ceritanya lagi.
Mendengarkan saja judul lagu itu, Natasha lantas diusik adakah judulitu merupakan refleksi kepada kisah peribadinya yang berkocakan sebelumini.
Sebelum menjawab, Natasha sempat ketawa dan mengakui, sebagaipenulis lirik, kisah hitam dalam hidupnya sedikit sebanyak memberikanilham kepadanya untuk menulis lagu itu.
Sebagai percubaan sulung bergelar penyanyi, dia perlu muncul dengankelainan yang bukan sahaja tersendiri, malah yang penting mampu memberiimpak positif kepada peminat dan industri hiburan tanah air.
"Apa yang penting pada saya adalah untuk tampil dengan imej dan konsep lagu yang berbeza dan unik.
"Saya tidak mahu kemunculan saya dalam industri seni suara inisekadar melepaskan batuk di tangga. Kalau boleh, saya mahu beri impakdan teringin untuk menyertai pertandingan seperti Juara Lagu di masaakan datang," ujarnya.
Ditanya, adakah dia tidak akan aktif berlakon lagi selepas bergelarpenyanyi, Natasha menegaskan, lakonan sudah sebati dengan jiwanya dantidak mungkin dia akan meninggalkan bidang itu selagi diperlukan.
Sementelah, bidang itu turut memberi pendapatan yang besar kepadanya selama ini.
"Sebagai kemunculan semula saya ke dalam industri seni, saya akan terus berlakon dan menyanyi pada masa yang sama.
"Terus-terang saya katakan, kedua-dua cabang seni ini amat saya sukai," katanya.
Natasha turut mengakui pengalaman menyertai dua cabang seni membolehkannya berkawan dengan lebih ramai artis.
Jika sebelum ini, kelompok kawan hanya terbatas kepada pelakonsahaja, kini kawannya semakin bertambah melangkaui golongan penyanyipula.
Mengulas serba ringkas jurnal kehidupannya di fasa pasca-penceraian,ibu kepada Nessa Helena, 1, berkata, dia kini bahagia dan gembiramenjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal.
Natasha merasakan dia kini dapat melakukan semula perkara-perkarayang pernah ditinggalkannya sebelum ini termasuklah menyanyi dan aktifberlakon semula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: