
SEDANG Diva membelek-belek Blackberry yang baru dibeli, hampir nak terbeliak kelopak mata Diva dek satu SMS yang masuk mencelah mengejutkan Diva daripada angan tak sudah.
Bukanlah SMS berhantu atau ugutan maki-makian tapi SMS daripada seorang teman yang Diva gelar Kakek Burung Murai.
Katanya, dia dapat tahu artis berwajah jelita, Zahida Rafik kini bersenang-lenang menetap di rumah agam berharga RM3 juta.
Mulanya Diva malas nak ambil bahagian dalam cerita manis bermadu itu.
Tapi bila fikir-fikir semula, tak salah Diva menulis perkara berkenaan. Yelah, setidak-tidaknya boleh berkongsi info dengan peminat.
Menambahkan unsur dramatik lagi, kononnya rumah pelakon yang pernah popular menerusi filem Anak Mami itu ditaja sepenuhnya oleh seorang lelaki bertaraf VIP.
Sahih atau tidak, Diva kurang periksa. Setahu Diva, si Zahida tu jenis yang ligat berniaga.
Mestilah rumah yang tersergam di Bukit Antarabangsa berkenaan dibeli atas titik peluh sendiri.
Lagipun kisah Zahida hidup ditaja bukan lagi perkara baru, yang baru cumalah harga rumah itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: