Sunday, January 10, 2010

Nirina Zubir ingin rehat untuk jaga anak




USIA kandungannya kini sudah menjangkau tujuh bulan dan Nirina Zubir dijangka melahirkan bayinya pada Februari ini. Bintang filem My Heart ini kelihatan amat gembira dengan suasana baru yang dialaminya. Menjadi ibu setelah berkahwin pada April tahun lalu dengan Ernest dari kumpulan Cokelat.

Nirina kini berehat sepenuhnya di rumah dan menjalankan kewajipan sebagai isteri. Aktiviti yang paling digemarinya sekarang adalah memasak sedangkan sebelum ini dia jarang memasak.

Nirina ingin berehat panjang selepas melahirkan anaknya nanti kerana ingin memberikan sepenuh perhatian terhadap anaknya. Menurutnya dia mungkin akan berhenti daripada kegiatan seni selama setahun. Tumpuan hanya akan diberikan terhadap buah hatinya itu.

Nirina mengaku teruja untuk melahirkan anaknya kerana bayinya itu telah membawa banyak perubahan dalam hidupnya. Katanya, selepas mengandung dia banyak berubah dan yang paling ketara ialah cara berjalan. Jika dulu caranya berjalan agak seperti lelaki kini lebih lembut dan ke arah keperempuanan.

Walaupun telah mengetahui jantina anaknya, Nerina masih belum mahu memberitahu kerana bimbang jika ada perubahan nanti. Dia dan Ernest telah menyiapkan sebuah nama untuk anaknya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: