Pelakon wanita berbakat Sabrina Ali pertama kali muncul dalam pentas teater. Dia diberi kepercayaan berlakon teater 'Mana Setangginya' yang pernah dipentaskan di Istana Budaya tahun lalu.
Watak Iriam menguji kemampuan Sabrina kerana ia begitu mencabar. Tambahan dengan teater yang agak berat begitu sukar untuknya. Namun kerana kesungguhan dan dibantu pelakon yang sememangnya sudah biasa dengan pentas teater seperti Eusof, Shahruddin Thamby dan Azizah Mahzan teater ini berjaya disampaikan dengan begitu baik sekali.
Teater ini mengisahkan penduduk sebuah perkampungan nelayan menyara hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil pohon setangginya.
Nelayan ini telah dilarang untuk menangkap ikan pada hari Sabtu, iaitu hari beribadat. Kumpulan nelayan yang derhaka di bawah pimpinan Hawar telah berpindah ke atas bukit. Walaupun hidup mewah, mereka melanggar perintah. Kedatangan Uzza selaku orang asing telah membawa falsafah baru dalam kehidupan mereka.
Juda, iaitu anak Hawar mengahwini kekasihnya Iriam, iaitu anak Ibra. Tetapi Silbi dan Subhat menabur fitnah akan asal usul Iriam. Juda bermuka-muka akan kebaikannya untuk mengaburi penduduk kampung. Lalu, dia dan ayahnya memberi pengiktirafan akan kedudukan mereka sebagai ‘raja’.
Paderi yang menasihatkan Hawar dan Juda telah ditangkap oleh Uzza. Ibra dan Iriam datang membebaskan paderi tapi telah dikenakan syarat iaitu menyediakan 10 bakul ikan sebagai tebusan. Iriam juga diserahkan kepada Uzza dengan persetujuan Juda.
Tiba-tiba turunlah ribut yang dahsyat serta halilintar yang membelah suasana. Belut, gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar. Teater ini akan ditayangkan di saluran TV1 jam 3.05 petang, esok.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: