Tuesday, January 26, 2010

Kereta pensyarah ditarik, barang hilang

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pensyarah Matematik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bengang apabila kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah pejabat di Kajang, bukan saja ditarik, malah dia turut mendakwa kehilangan beberapa barangan selepas mengambil semula kenderaan berkenaan.

BUKTI...Abdul Hamid menunjukkan laporan polis yang dibuat.
BUKTI...Abdul Hamid menunjukkan laporan polis yang dibuat.

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pensyarah Matematik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bengang apabila kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah pejabat di Kajang, bukan saja ditarik, malah dia turut mendakwa kehilangan beberapa barangan selepas mengambil semula kenderaan berkenaan.


Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa, Profesor Madya Abdul Hamid Yeop Zainuddin, 48, berkata dia baru tiba di Kajang dari rumahnya di Taman Sri Pulai, Johor Bahru kerana mempunyai urusan yang perlu diselesaikan di pejabat Jabatan Tanah dan Galian di Putrajaya.


Menurutnya, dia meninggalkan kenderaan Naza Ria di hadapan pejabat di Taman Koperasi Cuepacs, Kajang kira-kira jam 9.15 pagi pada hari berkenaan sebelum menumpang rakannya ke Putrajaya.


“Sejurus kembali ke tempat meletak kereta, saya terkejut apabila mendapati kereta saya sudah tiada. Orang ramai yang berada di situ memberitahu kereta saya dibuka seorang lelaki yang datang menggunakan trak penunda.


“Bengang dengan kejadian itu, saya pergi di bank memaklumkan hal itu. Pegawai bertugas memaklumkan kereta saya ditarik dan disimpan di sebuah bengkel di Jalan Cheras kerana tidak melunaskan hutang ansuran selama dua bulan. Saya bertekak dengan pegawai itu kerana pihak bank tidak pernah mengeluarkan sebarang notis sebelum bertindak demikian,” katanya.

Beliau berkata, dia terus melunaskan melangsaikan hutang RM2,620 dan RM400 lagi untuk denda tarik kenderaan itu sebelum bersama rakannya segera di bengkel dinyatakan pegawai bank itu untuk mengambil semula keretanya.


Apa yang mengejutkan katanya, beberapa barangan di dalam keretanya termasuk set Touch n’ Go miliknya lesap.


Katanya, sehubungan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Kajang dan bercadang untuk memanjangkan perkara berkenaan ke Tribunal Tuntutan Pengguna.

2 comments:

  1. ajar sikit diorang ni...jgn snang2 je nak tarik kete org...

    ReplyDelete
  2. standard kete tarik..ape yg dia nk bleh ambik
    tuan punya bertekak pun xguna

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: