
HUBUNGAN penyanyi kontroversi, Britney Spears dengan buah hatinya, Jason Trawick dilaporkan kembali tegang selepas Jason dikatakan bermain kayu tiga dengan perempuan lain.
Britney yang sedang memuncak dengan lagu Toxic mengambil keputusan untuk berpisah buat sementara waktu dengan Jason selepas cerita mengenai perbuatan Jason menggoda dua perempuan cantik di sebuah bar, Roger Room di Los Angeles tersebar meluas.
Seorang pelayan bar di situ memberitahu Daily Mirror, dia melihat Jason beredar dari bar tersebut dengan dua botol air di tangannya selain dua orang wanita berambut perang yang erat berkepit dengannya.
"Daripada cara mereka, nampaknya mereka bertiga sudah pasti akan menghabiskan masa bersama-sama malam itu," ujar pelayan tersebut.
Sebaik mengetahui kisah itu, Britney enggan menjawab sebarang panggilan telefon daripada Jason biarpun lelaki itu menafikan yang wanita-wanita yang ditemuinya di Roger Room itu ialah kekasihnya.
Britney yang ternyata kecewa dengan kejadian tersebut segera mendapatkan ibunya, Lynne untuk meluahkan perasaan.
Lynne kemudian dilaporkan terbang dari Louisiana untuk menenangkan penyanyi tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: