![]() |
| JAKE |
BINTANG Brokeback Mountain, Jake Gyllenhaal menghabiskan masa lebih enam bulan di gim semata-mata membina otot kerana ingin mencapai cita-citanya menjadi hero filem aksi.
Pelakon berusia 29 tahun itu yang membawakan watak putera dalam filem adaptasi permainan video Prince of Persia: The Sands of Time memberitahu dia gembira dengan watak tersebut kerana ia sesuatu yang agak berbeza berbanding filem-filemnya terdahulu.
"Saya telah membawakan pelbagai karakter dalam filem-filem sebelum ini. Namun, cita-cita bergelar hero aksi
Akui pelakon itu, pengorbanan tersebut sangat berbaloi kerana sekarang ini dia bukan sahaja berjaya mendapatkan watak sebagai seorang perwira, bahkan mempunyai bentuk badan sasa.
"Bagaimana ia menjadi besar? Saya pun tidak menyedarinya. Saya mengikuti latihan di gim bersama jurulatih. Saya berpuas hati dengan hasilnya," katanya kepada majalah Empire.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: