Sunday, January 10, 2010

Hati Linda Hashim sudah dimiliki




SALAM buat Linda. Semoga awak sihat selalu dan berbahagia di bawah lindungan-Nya.

1. Memandangkan Linda dah

semakin cantik, boleh tahu adakah Linda ini sudah mempunyai kekasih hati?

2. Siapakah jejaka pilihan yang bertuah itu?

3. Bagaimana ciri-ciri lelaki idaman Linda?

4. Bila Linda nak kahwin? Kalau zaman mak saya dah ada anak seorang dah.

Jangan marah ye Linda. Terima kasih.

* Faizul Jasman,

Kuah, Langkawi.

Linda

1. Sekarang semakin cantik sebab untuk kerjaya. Tidak semestinya untuk kekasih.

2. Jejaka bertuah itu hanya akan diketahui suatu hari nanti.

3. Ciri-ciri lelaki idaman yang Linda suka ialah yang pandai bermain gitar, membawa diri, bijak, menghormati perempuan, orang tua dan peramah.

4. Kahwin? Belum sampai seru lagi hendak kahwin. Perlu kumpul harta dulu.

Berlakon sejak berusia

10 tahun

SEMOGA Kak Linda sihat ceria selalu dan terima kasih kerana menjawab soalan saya.

1. Apakah perkembangan terkini Kak Linda sekarang?

2. Bilakah Kak Linda mula-mula menceburi bidang lakonan?

3. Adakah Kak Linda menyimpan keratan artikel mengenai Kak Linda?

4. Bagaimana peminat ingin mengenali latar belakang Kak Linda?

* Shuk_Jefrri,

Kluang Johor.

Linda

1. Akak bakal memulakan pengambaran 26 episod dengan rumah produksi Multilif Film berjudul Cikgu Kemisah Kirkby untuk siaran RTM bermula dari bulan Januari hingga Mac.

2. Sebenarnya, akak mula menjejakkan kaki ke lokasi semenjak darjah lima. Itu merupakan cubaan kali pertama. Namun, selepas tingkatan lima baru aktif semula.

3. Linda masih simpan dan terus menyimpan keratan artikel tersebut sampai ke anak cucu. Tapi ada sikit-sikit yang tak berkesempatan untuk menyimpannya.

4. Peminat yang ingin mengetahui latar belakang dan perkembangan Linda boleh layari laman web sosial, Facebook sebab tiap-tiap hari mengemas kini status. Taip Linda Hashim Fans.

Tidak boleh menyanyi

APA khabar Linda. Semoga sihat hendaknya. Di sini saya ada beberapa soalan untuk awak.

1. Dari mana datangnya bakat lakonan daripada awak?

2. Mengapa memilih lakonan dan bukannya bidang nyanyian?

3. Siapakah pelakon tempatan dan antarabangsa yang banyak memberi inspirasi kepada awak?

Terima kasih.

* Amar Shammi,

Bentong Pahang.

Linda

1. Mungkin bakat Linda ini datang daripada arwah ibu Linda kerana dia pun berlakon juga satu ketika dahulu.

2. Linda memilih bidang lakonan kerana kerana minat. Linda pernah mencuba bidang nyanyian satu ketika dahulu tetapi agaknya bukan rezeki Linda di situ.

3. Pelakon tempatan yang paling banyak memberi inspirasi kepada Linda ada ramai sebenarnya. Ini kerana setiap daripada mereka mempunya cara dan gaya tersendiri. Kalau peringkat antarabangsa pula, Linda suka gaya Agnes Monica dan Beyonce.

Mahu cuba semua watak

ASSALAMUALAIKUM Linda. Harap Linda bahagia hendaknya. Terima kasih kerana menjawab soalan saya.

1. Mengapakan nama Linda Hashim agak suram sekarang ini berbanding pada zaman kanak-kanak dahulu?

2. Apakah watak idaman Linda untuk memantapkan nama sebaris dengan pelakon yang sedia ada sekarang?

3. Apa filem atau drama terbaru yang melibatkan lakonan Linda Hashim masa kini?

4. Mengapakah Linda jarang muncul di televisyen? Boleh bagi sebab?

* Norliza Bakar,

Puchong, Selangor.

Linda

1. Sebenarnya agak suram berbanding dengan zaman kanak-kanak dahulu sebab pada ketika itu tidak ramai pelakon kanak-kanak. Sebab itu juga orang mudah ingat dengan lakonan kita. Sekarang ini ada banyak persaingan dan pendatang baru.

2. Watak idaman tidak kira watak apa pun. Janji watak dan jalan cerita bagus dan memberi kesan pada penonton.

3. Drama terbaru Linda berjudul Waris yang bersiaran setiap Selasa di TV2, Cinta Batu Belah setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 1 tengah hari di TV9. Ada juga drama ulangan di stesen-stesen lain. Linda juga terlibat dengan filem Rasuk. Insya Allah masuk panggung pada tahun ini juga.

4. Jarang muncul di televisyen itu sebenarnya kebetulan. Ini kerana sejak akhir-akhir ini sibuk dengan penggambaran, jadi hasilnya bukan terus bersiaran di televisyen ketika itu juga.

Amal minum

air masak, ulam

HAI Kak Linda. Apa khabar? Saya amat meminati Kak Linda. Di sini saya ada beberapa soalan.

1. Bagaimana Kak Linda menjaga kecantikan diri. Nampak manis selalu?

2. Ada petua penjagaan diri tak? Boleh kongsi bersama?

3. Siapa yang selalu mekapkan akak semasa di lokasi penggambaran?

4. Kalau di rumah pula, ada tak akak gunakan khidmat juru mekap untuk keluar rumah dan menghadiri mana-mana majlis?

* Miss Vogue,

Dungun, Terengganu.

Linda

1. Kecantikan sebenarnya dari dalam. Sebab itu Linda sentiasa berfikiran positif dan sentiasa manis selalu.

2. Petua dalaman Linda ialah selalu bersolat dan berdoa agar kita selalu kelihatan cantik. Selain itu Linda selalu mengamalkan minum air suam dan makan ulam.

3. Kalau ke lokasi kadang kala Linda mekap sendiri dan ada masanya menggunakan khidmat juru mekap.

4. Kalau keluar rumah untuk jalan-jalan, Linda tak mekap langsung. Tetapi kalau ada majlis memang ada orang yang taja mekap Linda. Jadi, Linda tadah aja.

Tak mahu botox

HELLO Linda. Saya cukup meminati anda. Boleh tanya soalan peribadi sedikit tak?

1. Pernah tak Linda terlibat dengan mana-mana kontroversi sepanjang menceburi bidang seni ini?

2. Linda suka imej yang bagaimana? Seksi atau bertutup sentiasa?

3. Pada bahagian tubuh Linda, ada tak tempat-tempat yang Linda rasa ada kekurangan. Di manakah tempat itu.

4. Adakah Linda akan melakukan botox atau suntikan vitamin C sekiranya Linda sudah agak berusia nanti. Sebab itu juga yang dilakukan oleh selebriti sekarang?

* Ayang Comel,

Pulau Pinang.

Linda

1. Sebagai artis kita memang tidak boleh lari dari sebarang kontroversi. Ia memang ada. Tetapi Linda anggap semua itu sebagai cabaran.

2. Imej Linda bergantung kepada keadaan. Maksudnya lihat kepada kesesuaian tempat. Lain tempat lain stail. Imej sebenar Linda adalah ringkas dan menarik.

3. Linda bersyukur mempunyai tubuh yang sempurna. Alhamdulilah, Linda tidak pernah merungut dengan apa yang Tuhan beri. Cuma rambut sahaja yang kurang panjang.

4. Lain orang lain keinginan. Insya Allah, Linda tidak menggunakan dan memerlukan botox. Linda yakin sentiasa cantik mengikut jejak opah Linda tanpa botox!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: