Monday, January 11, 2010

Lawan polis: Dua lelaki ditahan

SHAH ALAM - Seorang anggota polis trafik terpaksa melepaskan tiga das tembakan bagi mempertahankan diri apabila dua lelaki cuba merampas pistolnya dalam kejadian di Pelabuhan Utara, Pulau Indah di Klang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi, salah seorang lelaki yang merupakan pemandu lori berusia 25 tahun cedera di paha kiri akibat terkena salah satu das tembakan tersebut.

Sebelum kejadian, anggota polis trafik dari Bukit Aman tersebut sedang bertugas melakukan operasi mencegah mat rempit bersama pasukannya di sekitar kawasan Bukit Kemuning di sini.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, kejadian bermula apabila anggota polis trafik itu menahan sebuah lori yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di Plaza Tol Bukit Kemuning di sini.

"Anggota polis itu meminta kad pengenalan dan lesen milik pemandu lori terbabit sebelum ia diserahkan oleh pemandu itu," kata beliau di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: