Saturday, January 2, 2010

Gambar Bos Sani Express Yang Kaya-Raya!

image

image

Bertuahnya badan jika menjadi seorang ahli perniagaan yang kaya raya. Begitulah untung’nya seorang bekas artis yang bernama Sani Salleh yang dahulu pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Eizlan Yusof & Norman Hakim. Hari ini, beliau mampu keluarkan RM500,000 sebagai deposit untuk kereta idaman beliau, Ferrari F 360 Modena. Itu baru deposit. Bayaran bulanan RM14,000. Servis setiap 1,000 KM, RM1,000. Servis utama setiap 30,000 KM, RM30,000. Minyak Kuala Terengganu - KL, RM250. Full tank yang bertahan dua tiga hari, RM200. Plat istimewa WQL 1, RM80,000. Dan, Sani bercadang untuk memiliki Lamborghini selewat-lewatnya tahun depan, RM2 juta. Woh! Tokei Bas Ekspress ni.. nak kaya ekspress kena la pandai bisnes mcm Sani ni..

TAPI kalau tokeh Sani tumpu lebih ke bisnes dia taklah jadi macam kat bawah…

Sani Express 1

Sani Express 2

Sani Express 3

Sani Express 4

Sani Express 5

Sani Express 6

Sani Express 7

35 comments:

  1. ...malang tak berbau ...tiada kena mengena kemalangan ini dengan Ferrari Dato'Sani....tumpuan telah diberikan,namun ini adalah takdir...

    ReplyDelete
  2. Betul le...Sani tu kaya atas usaha dia...semua bas dia ada macam2 ciri keselamatan..tapi yang memandu tu tetap manusia biasa, mesti ada kesilapan punya......bangga anak melayu bleh kaya macam dia ni............;p

    ReplyDelete
  3. GUD LUCK SANI EXPRESS!!

    ReplyDelete
  4. kata cik embun..

    tak baik la.. org yg wat penilaian ni.. kalo baca mcm mana sani ni nk naik dulu..betapa susah..nk jatuh snang je..
    yg salah drebar bas tu yg asik main sms.. xkan la Dato sani plak nk bwk sume bas dia tu..

    ReplyDelete
  5. Bagi can la anak Melayu jadi Jutawan. Asyik-asyik bangsa lain saja yg tersenarai. Syabbas Tokeh Sani Express.

    ReplyDelete
  6. bagus la org melayu kita kaya. patut tanya pemandu bas tu bawa bas hati2 sikit

    ReplyDelete
  7. biasa la..bila tgk org lain di atas..ada je org kat bawah nak tarik jatuh ke bawah...kemalangan semua ni bukan sapa pun mintak nk jadi...apa yg kita wat mesti ada risikonyer...tumpang bangga anak melayu berjaya...

    ReplyDelete
  8. bangga dengan melayu islam yang mampu pakai kereta mewah.. harap jgn lupa bayar zakat

    ReplyDelete
  9. i turut bngga melihat kejayaan bangsa i sendiri...tahniah....u are my mentor...

    ReplyDelete
  10. dah ada ferari satu tu cukupla takyah lak nak beli satu lagi .. cukupla satu ..lagi pun Speed Limit highway 110km/hr je xlih bawa laju2.. malang tak berbau..tumpukan lebihan duit tu untuk keselamatan Bas Ekspress tu dari berulang lagi..

    ReplyDelete
  11. aku setuju.. memang malang tak berbau, tapi cuba korang tengok camna drebar bas bawak kat highway sekarang...menakutkan! sebagai tokay, kena pantau sikit sikap pemandu2 bas kat malaysia nie.

    kemalangan boleh dielakkan... kena bawak perlahan dan berhati2...cukup tido...bagi gaji bagus kat pemandu semua!

    ReplyDelete
  12. Tuhan bagi KAYA bukan untuk BERGAYA dan berLAGAK dengan HARTA DUNiA.. Tapi rezeki diberi lebih supaya LEBIH BANYAK BERSEDEKAH supaya tidak ada lagi ORANG ISLAM yang papa kedana dan merempat meminta sedekah... KEMALANGAN adalah sebagai PEringatan.. janganlah nak salahkan sesiapa atau faktor faktor lain sebab itu semua cuma PENYEBAB.. yang paling penting Kembali kepada ALLAH.. kenapa ALLAH jadikan sedemikian.. SEMESTINYA SEBAGAI SATU PERINGATAN KEPADA Si SANI tu.. adik kepada kawan aku Wan Anita Banun tuh...

    ReplyDelete
  13. melayu tak habis2 dgn Hasad dengki.. dia kaya itu rezeki dia.. mana kita tau dia tak bayar zakat ker, tak buat sedekah ker..? entah2 kite sendiri nak kuar sedekah singgit pun susah. bersangka baik la...
    tentang kemalangan yang nak berlaku tu bukan dia mintak pun.. takda orang nak benda2 tu...
    berbangga la bila bangsa sendiri jadi jutawan..

    ReplyDelete
  14. "tentang kemalangan yang nak berlaku tu bukan dia mintak pun.. takda orang nak benda2 tu..."

    memanglah kemalangan takde sapa meminta... tapi kau tengok camna bas-bas bawak kat highway sekarang... memang tak terkejut kalau accident punya! patut tokeh2 dan juga LPKP kerja keras sikit pantau...pada saya pemandu2 bas sekarang terlalu melampau, sekadar buat pemeriksaan bila time ada accident aje baik takyah...kena berterusan buat! dan taukeh kena selalu bagi warning kat pemandu dan selalu buat kursus... saya tengok pemandu2 bas sekarang bawak MELAMPAU lah!

    ReplyDelete
  15. Keuntungan yang berganda-ganda itu adalah salahsatu bentuk amalan riba' (mengenakan bayaran yang keterlaluan atas perkhidmatan yang diberikan).

    ReplyDelete
  16. Keuntungan yang berganda-ganda itu adalah salahsatu bentuk amalan riba' (mengenakan bayaran yang keterlaluan atas perkhidmatan yang diberikan).

    Ya betoi betoi betoi, komen kalau tak betoi fitnah ya betoi betoi betoi......

    ReplyDelete
  17. tokey2 bas nie tutup sebelah mata aje... pemandu2 bas dia bayar gaji kecik...bayar berdasarkan komisen...jadi pemandu bas hisap dadah bagi jaga...lepas tu nak cepat2 kat highway, padahal highway kosong! tokey enjoy pakai kereta ferrari semua... pemandu tak bagi training secukupnya, kursus selalu, pasang blackbox detect kelajuan...lepas tu bayar gaji ikut komisen... tau nak kau untung lebih aje... bila accident, salahkan driver... mengantuklah! sapa yang bersalah, tokey perlu dipersalahkan! LPKP pulak...buat kerja macam orang buta... apa jadi dengan sms dan call sticker belakang... call atau sms takde sapa jawab pun... yang tau drebar2 bas bermaharajalela kat jalan2 macam orang gila...mana tak accident? tengoklah...mesti ada accident lagi!

    ReplyDelete
  18. "Keuntungan yang berganda-ganda itu adalah salahsatu bentuk amalan riba' (mengenakan bayaran yang keterlaluan atas perkhidmatan yang diberikan).

    Ya betoi betoi betoi, komen kalau tak betoi fitnah ya betoi betoi betoi...... "

    inilah melayu bila orang bagi komen untuk betulkan keadaan... dia kata fitnah lah.. hasad dengkilah... patutnya tokey ambik untung sikit..lain2 share dengan pemandu, buat kursus tiap2 minggu... letak blackbox kesan kelajuan! ini tak... asyik dok kata fitnah hasad dengki takleh terima komen sikit...menyampah aku betul lah dengan kau nie!

    ReplyDelete
  19. ko dreber bas ker? kalau rasa gaji tak cukup cari kerja lain.. Menyusahkan orang saja!
    Yang diatas tu adalah KEMALANGAN.. aku ulang lagi KEMALANGAN. Tak pernah kemalangan ke?

    ReplyDelete
  20. aku setuju jugak, memang driver bus ada setengah tu bawa bas mcm bawak kapal terbang,
    atas jln raya tak payah tunjuk power, dah jadi mcm kat atas boleh ke ganti nyawa dengan power, satu lagi sama-sama pikir le jgn pikir kita je yg nak selamat pikir penumpang sekali.lagi satu pekerja pun ada hak perlu discuss dgn majikan apa yang perlu atasi..

    ReplyDelete
  21. pmandu tue mnusia biaser...bley mgntuk bla2 mser..xder kna mgna ngan bas tuh...malang x berbau...ajal maut dtgn thn bkn dtgn pmndu bas...trimalah knyataan.xknlah pmndu tue sgja nk ecdntkn bas tue,,.

    ReplyDelete
  22. Alah, memang perangai org yg bekerja sebagai driver camni. Di ofis aku ada seekor pakcik gersang, sampai sekarang xde bini. Drive van company cam gile. Org yg tak reti sayang nyawa sendiri tak yah bagi kerja driver. Nyawa sendiri tak sayang ni kan nyawa org lain. Patut ler dia gersang aje. Nama dia Rosli. Keja di Jusco Ipoh.

    ReplyDelete
  23. hai penulis nih.ni la melayu....dengki sama melayu....xble tgk org senang dari diri sendiri. asik nk mengutuk jer.melayu jenis ni la yg kena ludah kalau aku junpa.dia kaya atas daya usaha dia sendiri,bukan mintak duit ngan kau.apa kaitan bas eksiden ngan ferrari tuh?mmg la gaji driver rendah,tgk kelulusan la.
    pastuh dia kaya....kalau dia ade derma beratus ribu xkan nk cakap sana sini ngan org?takde pahala la kalau derma sikit nk kecoh kan?ko nih sekolah agama kat mana la nk menyalak mcm tuh kat sinih?atau kau bagi derma kat masjid kau bgtahu kat org?mmg xde pahala la ko derma tuh bongok.takbur+kufur nikmat punya org

    ReplyDelete
  24. walaupun kaya raya tetapi sebenarnya beliau juga pemurah...aku pernah bersama beliau dalam majlis berbuka puasa bersama anak yatim di k.l pada bulan puasa lalu....Tahniah datuk

    ReplyDelete
  25. sani ni dari keluarga baik2...saya kenal kakak dia, walaupun diorg mmg dah kaya tapi sifat rendah diri tetap ada...dia kaya hasil titik peluh sendiri so harap2 janganla dengki...melihatla dengan bangga salah seorg anak bangsa kita dah berjaya...kemalangan yg berlaku bukan kehendak sesiapa...itu semua Allah yg punya kuasa...cuma kita sebagai manusia perlula sentiasa berhati2...

    ReplyDelete
  26. Penumpang Sani Xpres...
    Sani kaya tu rezeki dia,,,pe kena dia ngan bas yg xcident tu..bukan dia drive..soal xcident tu dh takdir,,xde sapa leh sekat,kalu tak yg mati tu tak naik bas awal2 lg..tol tak..pe pun Sani Ekspress the best in the wolrd,,huhuhu

    ReplyDelete
  27. Memang rezki sani bertambah baik sekarang nie. Bas yang sentiasa bersih membuat penumpang teruja untuk menaikinya. Bila luar bersih dalam jangan cite la, naik dulu baru tau... Saya bangga dengan kemewahan anak melayu yang berjaya macam sani. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia sape tahu... Syabas dan tahniah sani express.

    ReplyDelete
  28. Senang aje, Melayu nie mudah dengki dengan Bangsa sendiri....

    Tahniah Datuk, keep up the good work....

    Jgn lupa bayar ZAKAT yer DATUK!

    ReplyDelete
  29. Tokeh Sani kena pasang CCTV tengok gelagat drebar bas yang cuai dan tumpu perhatian di jalan raya dan pecat serta merta jika sabit kesalahan...

    ReplyDelete
  30. Satu bangsa yang takkan maju..MELAYU(ak melayu ok)..pantang tgk org senang pastu dengki..,patutnye kita berbangga la dan ada keinginan jd mcm dia..Wassalam

    ReplyDelete
  31. ini cakap org bawak wira modified

    ReplyDelete
  32. pengguna pun sama... pilih bas yg cepat sampai je.. bas tu buruk lah, bas ni lembab la.. yg pemandu plak asyik nak cepat sampai je, tau la bini tggu kat rumah.. si tokey ni dr beli kete mahal2 baik wat rnd utk bas tu.. letak driver 3 org baru la bleh attract market..

    ReplyDelete
  33. alahai bukan apa manusia ni memang ramai yang ada PHD tu.Si drebar pun dengki gak tenguk bos dia bawak farrari tu. So dia pun bayangkan bawa bas macam bawak farrari. Atau mungkin si sani ada nasihat kat kat pemandu basnya kalau nak rasa macam dia kena selalu bayangkan apa yang dihajatnya. Maka si pemandu pun bayangkan dia sedang memandu farrari. Gitulah gamaknya..

    ReplyDelete
  34. Bukan salah Sani bas dia terlingkup tu... Jgn bengap sangat.. Dia tu berniaga takkan nak jatuhkan bisnes sendiri... Ini le sifat melayu... bila melayu yg berjaya ada saja alasan nak jatuhkan melayu... sebab tu le cuma sorang je melayu yg pegang top ten rangking jutawan terkaya di Malaysia ni padahal kalau ikut logik Malaysia ni tuan tanah dia Melayu lee...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: