Monday, January 18, 2010

Akhbar teman rapat suri rumah


SEORANG suri rumah, Ku Minah Ku Babullah mengisi ruangan peraduan teka silang kata di Alor Setar, Kedah.




KUALA LUMPUR - Wanita yang menjadi suri rumah hanya merangkumi 25 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini namun mereka lebih rajin membaca surat khabar berbanding kumpulan profesional, eksekutif, pengurus dan ahli perniagaan (PMEB).

Kajian Optimum Impression 2009 - Research Based Measurement oleh kumpulan agensi pengiklanan antarabangsa, Omnicom Media Group (OMG) mendapati, kumpulan itu mendahului golongan PMEB sebanyak 400,000 orang pembaca. Jumlah edaran surat khabar di Malaysia pada tahun lalu mencecah 4.8 juta naskhah sehari.

Pengurus Kajian, Yong Shei Vei (gambar) dalam satu pembentangan hasil kajian itu di sini baru-baru ini berkata, sebanyak 66 peratus suri rumah membaca surat khabar setiap hari berbanding hanya 61 peratus oleh golongan PMEB.

"Malah mereka (suri rumah) juga mempunyai kadar peratusan tumpuan pada iklan dalam akhbar yang sama dengan PMEB," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: