Monday, January 18, 2010

Nelayan perlu tahu baca peta elak ceroboh perairan asing



KUALA TERENGGANU - Nelayan perlu mengikuti kursus asas membaca peta dan melihat tanda sempadan bagi mengelak mereka memasuki perairan negara jiran secara haram.

Ia ekoran kekerapan kejadian nelayan di negeri ini yang ditangkap penguat kuasa perairan negara jiran kerana menceroboh perairan mereka ketika menangkap ikan.

Kes terbaru melibatkan lima nelayan dari Kampung Seberang Takir dekat sini iaitu Musa Mahammad, 33, Mohd. Arif Rosli, 20, Akhmadi Daud, 28, Ahmad Faizul Sulong, 23, dan tekong mereka, Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, pada 10 November tahun lalu.

Empat daripada mereka sudah dibawa pulang pada 26 Disember lalu tetapi Che Wan Budiman masih ditahan di Pontianak, Indonesia sementara menanti hari perbicaraan.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim (gambar), kebanyakan nelayan begitu teruja ke tengah laut selepas melihat hasil tangkapan bertambah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: