Monday, January 18, 2010

Pengeluar jubah konvo ceburi sektor hartanah


NORA menunjukkan sehelai jubah keluaran syarikatnya di Gombak, baru-baru ini.

GOMBAK - Pengeluar dan pengeksport pakaian, SUPB Industries Sdn. Bhd., merancang meluaskan portfolio perniagaannya dengan menceburi sektor hartanah.

Menurut Pengarah Eksekutif SUPB Industries, Nora Aziz, sekiranya berjalan lancar, perancangan untuk memulakan perniagaan dalam sektor itu pada tahun ini akan menyasarkan perniagaan hartanah bagi tujuan komersial.

"Sasaran kami pada tahun 2010 ialah untuk berkecimpung dalam sektor hartanah kerana ia dilihat berpotensi besar dalam menyumbang kepada perniagaan SUPB Industries.

"Namun demikian, ia masih di peringkat perancangan," kata Nora ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya yang terletak di Sri Gombak baru-baru ini.

SUPB Industries yang ditubuhkan sekitar tahun 1980-an mengeluarkan pelbagai rangkaian produk termasuk uniform kerja, hospital, makmal, sektor perhotelan dan uniform pengawal keselamatan yang terdiri daripada jaket, topi, skarf serta tali leher.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: