Friday, August 7, 2009

Terjun dalam keadaan bogel


MANDY terjun dalam keadaan bogel manakala Klinger (di belakangnya) mengawal payung terjun.



PULAU USEDOM, Jerman - Seorang wanita berumur 28 tahun, Mandy Balzke terjun dalam keadaan bogel dari ketinggian 3,000 meter bersama pengajar payung terjun, Jorg Klinger di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, pengajarnya itu tidak berbogel sebaliknya memakai pakaian lengkap ketika terjun.

Sekumpulan orang melihat aksi Mandy dan Klinger yang melayang di ruang udara pantai Karlshagen sebelum mereka mendarat dengan selamat.

Mandy yang bekerja di sebuah kelab bogel di bandar Cottbuss berkata: "Apabila kami terjun dari kapal terbang, cuacanya agak sejuk. Namun, semua kebimbangan hilang begitu sahaja."

Aksi Mandy itu adalah yang pertama daripada satu siri terjunan bogel anjuran sebuah lapangan terbang di pulau tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: