
BAGI yang berminat dengan pementasan teater, saksikan teater Wan Cik Gondah Serikandi Perak yang dipentaskan sempena Kembara Amal Malaysia dan Palestin di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Ogos ini.
Dibawakan khas oleh anak-anak bangsawan yang bergabung tenaga di bawah Pertubuhan Bangsawan Warisan Moraza Negeri Perak teater karya Allahyarham Onie Moraza dan diarahkan Shahnoor Zahurin itu akan dipentaskan bermula pukul 8.30 malam.
Dirasmikan oleh Exco Kebudayaan Negeri Perak, Zainol Fadzi, hasil kutipan pementasan teater itu akan disumbangkan bagi meringankan beban penderitaan di dalam negara dan di bumi Palestin.
Teater Wan Cik Gondah Serikandi Perak memaparkan campur tangan Kolonial Inggeris di Perak pada tahun 1875.

Pencerobohan Inggeris itu tidak disenangi dan direstui oleh Sultan Abdullah serta ramai pembesar negeri itu.
Ini kerana penjajah Inggeris menggunakan tipu helah dan kekerasan dalam mencampuri hal ehwal pentadbiran dengan mengecilkan kuasa-kuasa Raja-Raja Melayu selain menodai Perjanjian Pangkor.
Campur tangan itu juga telah membangkitkan semangat pemberontakan di kalangan pembesar istana bersama-sama rakyat terutamanya di perkampungan Pasir Salak dan Kampung Gajah.
Pada 2 November 1875, ketika umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri, J.W.W.Birch ditikam oleh Wan Cik Gondah.
Rentetan peristiwa itu, Datuk Maharajalela telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengarahkan Wan Cik Gondah mengerahkan tenaga semua penduduk bagi membina kubu dan mengumpulkan senjata.
Bagaimanapun akhirnya, Wan Cik Gondah dapat ditangkap dan bersama-sama pejuang lain sebelum dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di Singapura.

Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor dihukum gantung sampai mati di Matang.
Bagi yang ingin mengikuti pementasan teater mengangkat sejarah perjuangan pahlawan Melayu itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: