Saturday, August 8, 2009

Taufan Morakot landa Taiwan


IMEJ televisyen menunjukkan seorang pengawal pantai menyelamatkan seorang kelasi selepas kapalnya dipukul Taufan Morakot di selatan Taiwan semalam.


BATOHZI - Taufan Morakot menuju ke arah Taiwan semalam dengan menyebabkan pejabat, sekolah ditutup manakala sistem pengangkutan turut tergendala.

Berjuta-juta orang terperangkap di kediaman mereka apabila ekor taufan itu menyebabkan angin kencang dan hujan lebat di beberapa tempat di barat pulau berkenaan.

Lewat malam semalam, Biro Kaji Cuaca Pusat menyatakan pusat Taufan Morakot berada kira-kira 40 kilometer ke bandar Hualien, timur Taiwan dan bertiup pada kelajuan 145 kilometer sejam.

Menurut biro berkenaan, Morakot dijangka sampai ke daratan pantai timur Taiwan pada awal pagi ini sebelum bergerak ke kawasan padat dengan penduduk di utara termasuk ibu negaranya, Taipei.

Kira-kira 160 kilometer melepasi Selat Taiwan, pihak berkuasa China memindahkan lebih 20,000 orang dari kawasan tepi pantai di wilayah Fujian menjelang ketibaan taufan itu di tanah besar lewat hari ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan kira-kira 34,000 bot serta kapal diarahkan supaya berlindung di beberapa pelabuhan di sekitar Fujian.

Semua sekolah dan lokasi tumpuan di wilayah itu turut diarah tutup manakala lebih 3,300 petugas separa tentera berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Mereka dilengkapi peralatan pelampung dan sejumlah bot laju selain pelbagai peralatan menyelamat untuk menghadapi sebarang kemungkinan akibat Taufan Morakot.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: