Thursday, August 13, 2009

SPRM tidak catat soal Beng Hock




SHAH ALAM - Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock semalam dikejutkan dengan kenyataan seorang pegawai penyiasat polis yang menyatakan tiada sebarang catatan dibuat oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ketika menyoal siasat Beng Hock.

Inspektor Mohd. Zulaimi Zubir, 29, dari cawangan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berkata, perkara itu disedari selepas beliau melakukan pemeriksaan ke atas 10 muka surat buku catatan harian rasmi milik pegawai SPRM, Mohd. Anuar Ismail yang dirampas pada 18 Julai lalu.

Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan mengesahkan Mohd. Anuar bertanggungjawab menyoal siasat Beng Hock.

"Hasil pemeriksaan saya dapati dalam buku bertarikh 8 Julai 2009 tercatat 'rumah/putrajaya/pejabat/tol RM' sahaja. Pada 15 dan 16 Julai tiada sebarang catatan dibuat," katanya.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: