Thursday, August 13, 2009

Sah selepas tujuh tahun bernikah - Aida, Joe Radzwill daftarkan perkahwinan


AIDA dan Joe pada saat dilamun cinta.



AIDA dan Joe hadir untuk mengesahkan pernikahan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Setelah tujuh tahun bernikah di Yala, Thailand, hubungan pelakon Aida Rahim dan suaminya, Joe Radzwill akhirnya didaftar dan disahkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

"Biasalah, mungkin kita lupa, leka dan sibuk tapi lama-lama lebih baik buat (daftarkan perkahwinan)."

Itulah jawapan pelakon Aida dan Joe di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam berhubung tempoh masa yang terlalu lama diambil bagi mengesahkan pernikahan mereka.

Bagaimanapun, mereka bersyukur kerana pernikahan tersebut disahkan mahkamah yang sama.

Terdahulu, Hakim Syarie, Mohd. Shakir Abdul Hamid mengesahkan pernikahan tersebut setelah berpuas hati dengan alasan yang dikemukakan peguam syarie, Nahar Alias yang mewakili pasangan itu.

Menurut Nahar, pihaknya telah mendapat pengesahan daripada Konsul Malaysia di Songhkla berhubung pernikahan tersebut.

Aida atau nama sebenarnya, Khalidah Adibah Ahmad, 52, dan Joe Radzwill@Alias Ahmad, 39, bernikah pada 6 November 2002 dengan berwali hakim dari Majlis Agama Islam Wilayah Yala, Othman Daramah dan dua saksi warganegara Thailand.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: