Wednesday, August 12, 2009

Skandal seks guru wanita dengan pelajar lelaki terbongkar




BALLARAT - Bukan sahaja aib tetapi padah menanti seorang guru wanita di Australia iaitu Michelle Dennis apabila dia dibicarakan di sebuah mahkamah di sini setelah skandal seksnya dengan dua pelajar terbongkar, lapor sebuah akhbar semalam.

Guru muzik berusia dalam lingkungan awal 30-an itu didakwa pada Oktober tahun lalu kerana melakukan seks dengan seorang remaja bawah 16 tahun sebanyak tiga kali selain dakwaan berkelakuan lucah.

Berikutan kes tersebut, kelayakan mengajarnya digantung oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Victoria.

Kes terbaru itu disebut beberapa hari selepas guru ketagih seks itu dipecat daripada Sekolah Tinggi Ballarat setelah dia dituduh mengadakan hubungan seks sebanyak tiga kali dengan seorang lagi pelajarnya yang berusia 17 tahun.

Semua dakwaan terbaru itu terbongkar selepas seorang bekas pelajar sekolah berkenaan membuat laporan polis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: