Saturday, August 22, 2009

Siti Nurhaliza sambut ulang tahun ketiga perkahwinan


SITI NURHALIZA (empat dari kiri) bersama Datuk K memotong pulut kuning sambil disaksikan oleh ahli keluarga pada majlis ulang tahun ketiga perkahwinan mereka di Kuala Lumpur malam tadi.


BERKAT RAMADAN. Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 30, menyambut ulang tahun ketiga perkahwinannya dengan Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa, 51, malam tadi dengan mengadakan majlis doa selamat dan sembahyang terawih di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Siti mengharapkan berkat bulan Ramadan untuk perkahwinan itu kekal bahagia.

"Semoga kesetiaan kami bertambah kukuh, selama ini pun kami sudah bahagia,'' katanya pada majlis itu yang dihadiri lebih 200 tetamu.

Antara yang hadir ialah ibu Siti, Siti Salmah Bachik, kakak iparnya, Zaiton Mohamad Jiwa dan penyanyi Aizat.

Pasangan itu yang belum mempunyai anak diijabkabulkan pada 21 Ogos 2006.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: