![]() |
| |
KUALA LUMPUR - Tindakan peruncit dan pengusaha pasar raya mengehadkan penjualan gula dianggap langkah yang baik bukan sahaja untuk menyekat pembelian panik tetapi juga membentuk amalan pemakanan yang sihat.
Jika tidak disekat, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berpendapat, bekalan gula kemungkinan tidak mencukupi.
"Kalau dibenarkan pengguna membeli sebanyak mana yang mereka mahu, banyak mana pun stok gula yang diedar di pasaran tetap akan habis,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau diminta mengulas tindakan sesetengah peruncit serta pengusaha pasar raya yang mengehadkan jualan gula kepada hanya dua kilogram atau maksimum empat kilogram di sesetengah pasar raya hiper.
Lian Hoe bagaimanapun menjelaskan, tindakan itu adalah atas inisiatif penjual dan tiada arahan daripada kementerian.
Katanya, apa yang penting sekarang ialah orang ramai bertenang dan tidak membuat pembelian panik.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: