![]() |
| JENNIFER ANISTON |
JIKA tiada aral melintang, aktres popular Jennifer Aniston akan memulakan penggambaran filem terbarunya tidak lama lagi.
Menariknya, filem yang berjudul Goree Girls bukanlah seperti filem yang pernah dijayakan olehnya sebelum ini kerana dalam filem tersebut, ia memerlukan Aniston untuk menyanyi.
Goree Girls diadaptasi daripada sebuah kisah benar tentang sebuah kumpulan muzik yang dianggotai oleh lapan orang banduan wanita di sebuah penjara di Texas, Amerika Syarikat sekitar tahun 40-an.
Filem berkenaan akan diarahkan oleh seorang pengarah filem indie, Michael Sucsy manakala lakon layar dan skripnya pula ditulis oleh John Lee Hancock.
Dalam perkembangan lain, Aniston akan muncul dengan filem terbarunya, Love Happens penghujung tahun ini selain baru sahaja selesai membintangi filem The Baster.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: