
PUTRAJAYA - Semua peperiksaan utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diteruskan mengikut jadual walaupun terdapat ancaman wabak selesema babi atau H1N1 yang sudah mengorbankan lapan nyawa di negara ini.
Pada masa yang sama, kerajaan belum memutuskan sama ada wajar mempercepatkan cuti sekolah pertengahan tahun selama seminggu yang sepatutnya bermula 22 Ogos ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, jika sekolah diberi cuti, para pelajar perlu kembali ke sekolah untuk menduduki peperiksaan.
"Kita tidak dapat ubah jadual peperiksaan, kalau ada yang berada di hospital, mereka perlu mengambil peperiksaan di wad,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik Influenza A (H1N1) di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: