
TEHERAN - Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei semalam secara rasmi menyokong pelantikan Mahmoud Ahmadinejad sebagai presiden untuk penggal kedua.
Pelantikan itu susulan kemenangan majoriti Mahmoud dalam pilihan raya pada bulan lepas yang mencetuskan krisis politik terburuk di Iran sejak Revolusi Islam pada 1979.
Bagaimanapun, dua bekas presiden Iran, Hashemi Rafsanjani dan Mohammad Khatami tidak hadir pada majlis rasmi tersebut.
Hashemi dan Mohammad secara terbuka menyatakan sokongan terhadap pencabar Mahmoud dalam pilihan raya tersebut iaitu Mir Hossein Mousavi,
"Majlis rasmi diadakan dan Pemimpin Agung meluluskan pelantikan Mahmoud sebagai presiden," kata sebuah stesen televisyen kerajaan semalam.
Mahmoud akan mengangkat sumpah di Parlimen esok.
Presiden berkenaan kemudian berdepan tugas untuk membentuk sebuah Kabinet yang dapat diterima oleh majoriti ahli Parlimen terutamanya mereka yang berfahaman konservatif.
Pilihan raya pada 12 Jun lalu menyaksikan bantahan besar-besaran penyokong Mir Hossein setelah Mahmoud memperoleh 63 peratus undi daripada 40 juta undi yang dibuang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: