ROM - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi meminta jurugambar tidak mengganggunya dan membenarkan dirinya menikmati sedikit kebebasan, lapor akhbar sayap kanan Il Giornale di sini semalam.
Katanya, amalan menghormati peribadi individu lain tidak lagi wujud dan bukan semua pihak dapat merasainya.
"Secara terus-terang, saya juga berhak untuk hidup dalam keamanan yang sedikit dan itupun sudah cukup melanggar hak peribadi saya sendiri," kata beliau.
Berlusconi, 72, merujuk kemarahan itu dengan tindakan sekumpulan jurugambar yang cuba merakamkan foto di vila mewahnya di Sardinia pada majlis hari lahir seorang anak perempuannya malam Isnin lalu.
Tiga orang jurugambar yang cuba mengambil foto ditahan dan diarah menyerahkan kad memori yang mengandungi gambar keluarga Berlusconi, demikian menurut laporan media Itali.
Ulasan Berlusconi itu susulan sejumlah laporan sejak Mei lalu mengenai kehidupan peribadi beliau termasuk spekulasi hubungannya dengan model remaja, wanita bogel dan dakwaan melanggan pelacur.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: