Saturday, August 8, 2009

PM: Elak hadir majlis perhimpunan awam




KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata, penularan pandemik selesema babi (H1N1) yang kini sudah meragut 18 nyawa merupakan satu ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam.

Ekoran itu, beliau meminta orang ramai mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh termasuk menangguhkan aktiviti yang melibatkan ramai orang.

"Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak sehingga kita dapat mencegah penyakit ini.

"Bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square di sini semalam.

Najib juga menasihati orang ramai supaya lebih peka terhadap kesihatan dan kebersihan diri dengan mengamalkan tabiat selalu mencuci tangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: