
pernafasan melintas di hadapan sebuah kedai di Mekah semalam.
WASHINGTON - Sebanyak tiga suntikan vaksin influenza A H1N1 diperlukan bagi memperoleh perlindungan optimum daripada jangkitan selesema babi, kata seorang pegawai perubatan Amerika Syarikat (AS).
Pegawai berkenaan, Dr. Jonathan Fielding memberitahu, saranan itu susulan ujian awal mendapati suntikan tunggal vaksin itu kurang berkesan mengelak jangkitan virus H1N1.
Menurutnya, sama ada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) akan mencadangkan dua dos suntikan vaksin selesema babi untuk setiap individu berisiko hanya diketahui selepas keputusan menyeluruh ujian vaksin H1N1 diperoleh.
Kumpulan pertama vaksin selesema babi dijadual berada dalam pasaran pada Oktober ini manakala vaksin selesema bermusim pula akan diedar ke farmasi dan klinik di seluruh AS seawal bulan depan.
Fileding menambah, dos pertama kedua-dua vaksin itu boleh diberikan menerusi suntikan atau semburan hidung pada hari yang sama.
Namun, dos kedua vaksin selesema babi disaran diberikan sama ada tiga atau empat minggu kemudian.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mencadangkan supaya vaksin H1N1 didahulukan kepada penduduk paling berisiko mendapat jangkitan selesema maut itu.
Menurut CDC, golongan itu termasuk wanita hamil, petugas perubatan, ibu bapa dan pengasuh kanak-kanak berusia bawah enam bulan, kumpulan penduduk dalam lingkungan usia enam bulan hingga 24 tahun dan kalangan berusia 25 hingga 64 tahun yang berpenyakit kronik atau lemah sistem imunisasi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: