Friday, August 21, 2009

Canselor Jerman wanita paling berkuasa di dunia


Angela


NEW YORK - Canselor Jerman, Angela Dorothea Merkel bersama beberapa pemimpin korporat perniagaan terkenal menguasai senarai 10 wanita paling berkuasa dunia dalam edisi terbaru majalah perniagaan berprestij Forbes.

Merkel, 55, memimpin Jerman sejak dipilih pada pilihan raya September lalu mengetuai senarai itu buat kali keempat berturut-turut.

Edisi yang mula dijual semalam menyenaraikan Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama untuk julung kali di tempat ke-40.

Di bawah beliau iaitu pada tangga ke-42 ialah Ratu Britain, Queen Elizabeth II manakala Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton jatuh ke tangga 36 berbanding tempat ke-26 tahun lalu.

Tempat kedua paling berpengaruh ialah peguam berasal dari Wichita, Kansas iaitu Pengerusi Federal Deposit Insurance Corporation, Sheila Colleen Bair, 55, yang berperanan dalam melakukan perlindungan insurans kebanyakan bank di AS.

Ketiga ialah wanita kelahiran Chennai, India dan baru dilantik sebagai Ketua Eksekutif PepsiCo pada 2006 iaitu Indra Krishnamurthy Nooyi, 53, diikuti ketua eksekutif firma perlombongan terbesar dunia, Anglo American PLC, Cynthia Carroll, 52.

Kedudukan kelima ialah Ketua Eksekutif Temasek Holdings iaitu syarikat pelaburan kerajaan Singapura, Ho Ching, 58. Beliau ialah isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong iaitu anak bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: