
di Kampung Megat Gelugor, Paya Bungor, Kuantan semalam.
MARAN - Detik bersanding atas kerusi roda menjadi kenangan paling manis bagi pasangan Fauzi Mahazir, 28, dan Noriza Radzuan, 23, pada majlis persandingan mereka di Kampung Megat di sini semalam.
Menurut Fauzi, beliau dan isterinya yang sudah bernikah di Masjid Taman Tas, Kuantan pada 12 April lalu terpaksa bersanding atas kerusi roda semalam selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Sri Tualang, Temerloh pada malam 26 Julai lalu.
Akibat kemalangan pada pukul 8.30 malam itu, tangan kirinya patah manakala isterinya pula patah tulang paha kiri selepas motosikal yang mereka naiki merempuh sebuah kereta jenis Proton Waja yang keluar secara tiba-tiba di tempat kejadian.
"Mulanya majlis bersanding hari ini (semalam) mahu ditunda ke tarikh lain tetapi keluarga kami bersetuju ia diteruskan.
"Ini adalah kenangan yang paling manis dalam hidup kami kerana walaupun masih terasa sakit, kami masih boleh naik pelamin," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: