Monday, August 10, 2009

Follow Me berubah imej sepenuhnya 2010


JASPER LIM menunjukkan barangan keluaran Tohtonku di Taman Perindustrian Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.


SUBANG JAYA - Tohtonku Sdn. Bhd. (Tohtonku), pengeluar rangkaian produk penjagaan diri dan kecantikan berjenama Follow Me, bakal berada di pasaran dengan imej yang lebih muda dan moden, berwarna-warni dengan saiz yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan masa kini menjelang awal tahun 2010.

Pengarah Tohtonku, Jasper Lim berkata, produk yang telah berada di pasaran tempatan sejak 45 tahun dan menguasai segmen produk untuk lelaki itu telah mula membuat penukaran imej sejak tiga tahun lalu tetapi difokuskan kepada beberapa produk tertentu sahaja.

"Tetapi pembaharuan imej sepenuhnya akan dilaksanakan pada awal tahun 2010 dan melaluinya kami menyasarkan pertumbuhan jualan syarikat akan meningkat sebanyak 50 peratus dalam tempoh berkenaan," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembaharuan imej terbaru itu akan ditumpukan bukan secara luaran tetapi juga turut membabitkan peningkatan kualiti dan kepelbagaian produk yang ditawarkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: