Saturday, August 8, 2009

Pelakon Harry Potter dedah rahsia


GAMBAR fail menunjukkan Radcliffe dan Bonnie dalam filem terbaru Harry Potter.


LONDON - Aktres Harry Potter, Bonnie Wright mendedahkan barisan pelakon filem itu gemar berbual tentang seks ketika di set penggambaran, lapor sebuah akhbar semalam.

Wright, yang melakonkan watak Ginny Weasley iaitu sahabat karib Harry Potter dalam filem itu memberitahu, seks sudah menjadi topik lumrah mereka setiap kali ada masa terluang.

"Zaman remaja kami banyak dihabiskan di set penggambaran. Kami kerap berbual mengenai seks dan ketawa bersama-sama," katanya.

Bagaimanapun, dia menafikan dakwaan hero filem itu, Daniel Radcliffe bahawa beberapa pelakon utama filem Harry Potter pernah menjalani penggambaran dalam keadaan ghairah.

"Saya rasa dia membesar-besarkan cerita. Kalau ada antara kami yang ghairah ketika itu, ia hanya Radcliffe seorang," katanya.

Filem terbaru dalam francais Harry Potter iaitu Harry Potter and the Half-Blood Prince sudah ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada bulan lepas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: