Saturday, August 8, 2009

Camilla Belle nafi pilih Pattinson


BELLE



PATTINSON


LOS ANGELES - Aktres Camilla Belle menafikan dia memilih pelakon kacak Robert Pattinson sebagai pengubat rindu setelah putus cinta dengan penyanyi kumpulan The Jonas Brothers, Joe Jonas, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut sebuah tabloid Amerika Syarikat, Pattinson yang membintangi filem Twilight, meluangkan masa beberapa jam sehari untuk menelefon Belle selain kerap menghantar mesej berbaur cinta menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Lebih parah, tabloid berkenaan menyatakan Pattinson menghantar lima dozen ros kuning dan putih kepada heroin filem 10,000 BC itu baru-baru ini, malah dia turut menawarkan untuk menaja penerbangan Belle ke New York supaya mereka dapat bertemu.

Namun, seorang jurucakap bagi filem 10,000 BC dipetik laman berita GossipCop.com sebagai menafikan bahawa mereka sedang bercinta.

"Mereka (Pattinson dan Belle) sudah tidak bersama lagi," katanya.

Sebaliknya, beberapa pihak menganggap kenyataan jurucakap berkenaan adalah bukti bahawa mereka pernah berpasangan sebagai kekasih sebelum ini.

Pasangan tersebut berulang kali menyatakan mereka hanya berkawan walaupun kerap dilihat bersama termasuk ketika Pattinson menjalani penggambaran filem Remember Me di New York.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: