LIVERPOOL - Polis Britain memburu sekumpulan enam wanita yang dipercayai bertanggungjawab dalam satu serangan ganas terhadap seorang lelaki di sini pada awal pagi bulan lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketika kejadian, mangsa yang berusia 38 tahun patah di pergelangan kaki dan kepalanya luka keluar bersama seorang teman wanitanya sebelum diserang di sini.
Kelmarin, pihak polis menunjukkan rakaman litar kamera televisyen tertutup (CCTV) yang menyiarkan imej enam suspek wanita dan kesemua dipercayai berusia 20-an.
Serangan itu berlaku pukul 2.30 pagi pada 19 Julai lalu.
Wanita terbabit melancarkan serangan berkumpulan dengan menumbuk dan menendang mangsa selepas berlaku perbalahan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: